Jalan cerita The Fox and the Hound 2

Sepasang kawan baik Tod, seekor anak rubah, (Jonah Bobo) dan Copper, seekor anak anjing pemburu, (Harrison Fahn) melawati sebuah pesta desa apabila mereka melihat satu kumpulan anjing yang dipanggil "The Singin' Strays" ("Anjing Jalanan yang Menyanyi"). Kumpulan itu memiliki lima ekor ahli: Dixie (Reba McEntire), Cash (Patrick Swayze), Granny Rose (Vicki Lawrence), dan kembar Waylon dan Floyd (kedua-duanya Jim Cummings). Persembahan baik mereka adalah penting kerana seorang pencari bakat dari Grand Ole Opry akan berada di pesta itu.

Cash dan Dixie bertengkar, dan Dixie pergi sebelum persembahan mereka, menyebabkan mereka pergi ke atas pentas tanpanya. Semasa persembahan itu Copper menyanyi bersama, dan Cash mengajak anak anjing itu ke atas pentas untuk menyanyi bersama mereka. Lagu itu berjalan dengan jaya. Cash mengajak Copper untuk menyertai kumpulan itu, dan Copper menyertai mereka apabila mengaku bahawa dia seekor "anjing jalanan". Copper meluangkan seharian dengan Cash sambil terlupa akan janjinya untuk melihat bunga api dengan Tod.

Dixie menjumpai Tod dan bersimpati dengan perasaan kerana ditinggalkan. Semasa perbualan mereka, Tod terlepas kata bahawa Copper bukan seekor anjing jalanan, dan Dixie merancang untuk mengeluarkan Copper daripada kumpulan itu dengan pertolongan Tod. Tod mengumpan tuan Copper, Slade, ke pesta itu dalam pengejaran liar. Pengejaran itu menyebabkan kekacauan besar di pesta itu, dan persembahan the Singin' Strays' disabotaj di hadapan pencari bakat En. Bickerstaff. Copper dikeluarkan dari kumpulan itu dan pulang ke rumah dengan Slade. Granny Rose dan ahli-ahli lain kumpulan Cash bersimpati terhadap Copper tentang ini dan lalu kumpulan itu berpecah. Tod sangat bersimpati kerana menghancurkan segala-galanya, dan dibawa pulang ke rumah oleh Widow Tweed. Sepanjang perjalanan, Tweed hampir-hampir terlanggar kereta pencari bakat itu, dan topi Bickerstaff melayang dan mendarat di atas Tod.

Keesokan harinya, Tod dan Copper mengaku kesalahan mereka berdua dan berkawan lagi. Berharap untuk membaiki keadaan, Tod memberikan topi Bickerstaff kepada Copper, yang menggunakannya untuk menjejaki pencari bakat itu di sebuah gerabak makan minum tempatan. Tod mengenakan Cash dan Dixie untuk berfikir bahawa salah satu daripada mereka dalam bahaya, dan seluruh kumpulanitu bertemu di gerabak makan minum itu. Copper meyakinkan kepentingan keharmonian kumpulan itu, dan The Singin' Strays menyanyikan ulangan lagu mereka We're in Harmony (Kita Berharmoni), menarik perhatian pencari bakat itu. Kagum akan kumpulan itu, dia mengaturkan persembahan di Grand Ole Opry untuk anjing-anjing itu.

Filem itu berakhir dengan Copper memilih untuk meninggalkan kumpulan itu dan bermain dengan Tod lagi.